MADRID 24 Okt. – Kemenangan ini mungkin tidak cukup menyelamatkan Julen Lopetegui, tetapi kejayaan Real Madrid menewaskan Viktoria Plzen 2-1 pada Liga Juara-Juara, hari ini, sekurang-kurangnya menghentikan nasib malang daripada terus menimpa mereka dan memulihkan kembali keyakinan diri yang kian lenyap. Barcelona menanti mereka di Camp Nou dalam aksi berikut, walaupun tanpa kelibat Lionel Messi yang tercedera, Real tidak mungkin menerima layanan istimewa seperti mana yang dipamerkan Plzen di Santiago…










