Ratifikasi ICERD: Kerajaan ambil kira pandangan semua - Utusan Malaysia

Ratifikasi ICERD: Kerajaan ambil kira pandangan semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kerajaan memberi jaminan akan mengambil kira pandangan semua kaum sebelum ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkara ini amat sensitif kepada setiap kaum yang terdapat di negara ini.

Jelasnya, perkara ini juga bukan mudah dilaksanakan berikutan kewujudan kepelbagaian itu.

“Kita akan tandatangan (ICERD) setelah kita berunding dengan semua kaum di Malaysia.

“Perkara ini bukan mudah bagi Malaysia kerana di Malaysia terdapat pelbagai kaum, masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Daruk Soh Thian Lai. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN