KUALA LUMPUR 14 Okt. – Seorang polis wanita berpangkat Inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM40,000 daripada pemilik kedai nombor ekor haram, kelmarin. Wanita berusia 38 tahun itu, ditahan kira-kira pukul 11.42 malam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dekat sini selepas hadir memberikan keterangan. Penahanan Inspektor tersebut susulan penangkapan seorang ketua polis daerah di Sarawak berpangkat Deputi Superintenden sehari sebelum itu. Menurut sumber, suspek disyaki bersubahat dengan ketua polis daerah tersebut. “Ketua polis daerah terbabit telah meminta pemilik kedai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya