Rangka manusia ditemukan di tingkat 19 bangunan terbengkalai - Utusan Malaysia

Rangka manusia ditemukan di tingkat 19 bangunan terbengkalai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 26 Okt. – Satu rangka manusia ditemukan di tingkat 19 sebuah bangunan terbengkalai di Jalan Pantai Telok Kemang di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, rangka lelaki itu dijumpai dalam keadaan terbaring oleh dua individu yang naik ke lokasi tersebut untuk membuat penilaian terhadap bangunan berkenaan.

“Pihak polis yang membuat pemeriksaan mendapati rangka tersebut ditemukan dalam keadaan berselimut dengan menampakkan bahagian kepalanya.

“Mangsa memakai seluar jeans dan kemeja t, tetapi tiada dokumen pengenalan diri ditemukan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak tiga bulan lalu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Katanya, pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Telok Kemang turut membantu membawa turun rangka tersebut dari tingkat 19 bangunan yang telah lama ditinggalkan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN