SEVILLE, Sepanyol 15 Okt. – Sergio Ramos berkata, Harry Kane mungkin digeruni kerana fizikalnya yang luar biasa tetapi itu bukan jaminan untuk membolehkannya menamatkan kemarau jaringan di peringkat antarabangsa.
Sepanyol dan England akan bertemu dalam Liga Negara Negara Eropah di sini awal pagi esok dengan Ramos berazam dan berkeyakinan untuk menambah derita penyerang Tottenham Hotspur itu untuk terus kemarau gol.
“Dia (Kane) gagal menembusi kubu kami sebelum ini. Jadi kami mahu meneruskan kemarau jaringan tersebut kerana ia mampu memberi petanda baik buat kami. Dia mungkin cemerlang di England tetapi tidak pada saya,” kata Ramos merujuk kemenangan 2-1 Sepanyol ke atas England di Wembley bulan lalu.
Walaupun sudah menjaringkan enam gol musim ini, Kane dijangka berdepan kesukaran untuk menamatkan badi tujuh perlawanan antarabangsa tanpa jaringan setakat ini. – AFP










