Ramai tidak mengetahui e-voting punca kekesakan pemilihan PKR Sepang - Utusan Malaysia

Ramai tidak mengetahui e-voting punca kekesakan pemilihan PKR Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 14 Okt.- Masih terdapat ramai ahli tidak mengetahui kaedah pengundian e-voting dan hanya 70 kaunter dibuka merupakan antara punca kesesakan pemililhan PKR Cabang Sepang di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mendapati, timbul sedikit tegang di dalam kalangan ahli PKR yang terpaksa beratur panjang dan bersesak sementara dibenarkan masuk ke tempat mengundi.

Calon Ketua Cabang PKR Sepang, K. Sukumaran berkata, masih terdapat di dalam kalangan ahli PKR walaupun berusia 40 tahun ke bawah yang keliru dengan cara pengundian ditetapkan.

“Sedangkan perwakilan yang masih muda tidak tahu, apatah lagi untuk ahli-ahli berumur 50 tahun ke atas, sudah tentu mereka susah untuk mengundi dengan cara e-voting.

“Namun saya bukan cakap e-voting tidak bagus, tetapi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) perlu memaklumkan lebih meluas berkenaan kaedah pengundian ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, setiap perwakilan memerlukan masa antara lima hingga 10 minit untuk mengundi sekali gus ia antara sebab kesesakan di pintu dewan yang mula dibuka pada pukul 9 pagi.

Selain itu, calon Timbalan Ketua Cabang Sepang, Datuk Dr. Zaini Pomiman pula mengesa JPP untuk membuka lebih banyak kaunter pengundian.

Katanya, walaupun proses pengundian berjalan lancar tanpa kekecohan, tetapi situasi kesesakan boleh dielakkan sekiranya lebih banyak kaunter dibuka.

“Patut buka juga kaunter untuk warga emas, memandangkan rata-rata ahli PKR yang hadir terdiri daripada golongan ini dan ada juga datang dengan berkerusi road.

“Bagaimanapun, saya boleh katakan proses pemilihan setakat kini berjalan lancar,” katanya.

Menurut beliau, lebih 2,000 ahli PKR Cabang Sepang dijangka keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum waktu pengundian tamat pada pukul 5 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN