KOTA BHARU 29 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak hadir pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini. Ketiadaan Mustapa yang kini menjadi wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan (PH) menghampakan banyak pihak yang mahu bersemuka dengan beliau, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Md. Alwi Che Ahmad. Difahamkan, Ahli Parlimen Jeli itu pada awalnya dikatakan bercadang menghadiri persidangan kali ini yang memberi fokus terhadap belanjawan negeri. Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya