ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff semalam berkenan ‘bertemu’ rakyat jelata di negeri ini dengan menaiki ‘Bahtera Layang Emas’ bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ke-29.
Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan yang bermula kira-kira pukul 8.30 pagi itu diserikan dengan Lambaian Kasih kira-kira 10,000 pelajar sekolah yang berbaris di sepanjang laluan perarakan sepanjang 3.2 kilometer.
Rakyat jelata mula menunggu seawal pukul 7 pagi di laluan yang bermula dari Dataran Wisma Darul Aman hingga ke Dataran Medan Bandar itu.
Mereka enggan melepaskan peluang mengabadikan kenangan dan menyaksikan istiadat bersejarah yang kali terakhir diadakan kira-kira enam dekad lalu iaitu pada 20 Februari 1959.
Baginda berdua diiringi lebih 10 kontinjen perarakan termasuk tiga ekor gajah yang diberi nama Pian, Rambai dan Alam serta 10 ekor kuda dari Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.









