Lebih 23 tahun bergelar penyanyi, graf perjalanan seni pemilik nama Rohaizah Nordin ini tidak selamanya bergaris di atas. Dalam meniti turun naik laluan karier, tidak terdetik rasa putus asa dalam hatinya. Malah berkat semangat dan kerja kerasnya mencari rezeki dalam bidang seni yang dijadikan periuk nasi, nama Haiza tidak pernah hilang walaupun ada ketikanya seperti kurang disebut-sebut. Justeru, tatkala bercerita mengenai trend penyanyi-penyanyi yang sudah lama menghilang dan kini muncul…









