JELEBU 17 Okt. – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini mengesahkan ada dalam kalangan pemimpin dan wakil rakyat UMNO negeri ini telah menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan mengumumkan nama-nama mereka yang berkenaan pada masa ini bagi menghormati privasi masing-masing. “Ada (yang akan sertai) tetapi tidak rasmi lagi, baru angkat telefon, baru merisik khabar, (jadi)…










