Rafizi menang di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Rafizi menang di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berjaya mendahului penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan parti tersebut di Negeri Sembilan semalam.

Berdasarkan keputusan yang dikeluarkan di lapan Cabang PKR setakat pukul 8 malam, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan mendapat 3,053 undi manakala Azmin yang juga Menteri Hal Eh­wal Ekonomi memperoleh 2,961 undi.

Rafizi menang di PKR Cabang Tampin, Rasah dan Seremban, Rembau dan Jelebu manakala Azmin yang juga penyandang Timbalan Presiden PKR menang di Te­luk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.

Bagi perebutan jawatan Naib Presiden PKR, calon yang mendapat undi tertinggi setakat pukul 8 malam ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar de­ngan 4,010 undi; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (3,075 ); Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, A. Xavier Jayakumar (2,766) dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memperoleh 2,676 undi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN