Rafizi kuasai Hulu Selangor - Utusan Malaysia

Rafizi kuasai Hulu Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Okt. – Rafizi Ramli kembali memberikan cabaran kepada Datuk Seri Mohamed Azmin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan pusingan pertama di Selangor apabila berjaya memenangi satu lagi cabang iaitu Hulu Selangor.

Beliau memperoleh 1,630 undi, iaitu berkelebihan 260 undi berbanding Mohamed Azmin yang mencatatkan 1,370 undi.

Senario serupa berlaku bagi jawatan Naib Presiden apabila ketiga-tiga calon daripada kem Rafizi, iaitu Nurul Izzah Anwar, S. Kesavan dan William Leong masing-masing mengisi kedudukan pertama, ketiga serta keempat, manakala regu Mohamed Azmin, Zuraida Kamaruddin mengisi kedudukan kedua.

Nurul Izzah memperoleh 1,738 undi, diikuti Zuraida (1,003 undi), S. Kesavan (969 undi) dan William (963 undi).

Bagi keputusan pemilihan untuk Ketua Cabang pula, ia dimenangi June Leow Hsiad Hui apabila beliau mendapat 1,459 undi dan jawatan Timbalan Ketua Cabang disandang K. Rajan (1,038 undi).

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN