Pyu tok dalang cilik - Utusan Malaysia

Pyu tok dalang cilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 25 Okt. – Usia Aqfierudzar Rizq Mohd. Sulhie baharu empat tahun, namun kepetahan menyampaikan bait-bait cerita sambil menggerakkan patung wayang kulit di balik tabir layar putih cukup luar biasa.

Aqfierudzar Rizq atau nama manjanya, Pyu sama sekali tidak kekok malah, kelihatan begitu selesa menggerakkan patung-patung wayang kulit tersebut dalam satu persembahan di sini, baru-baru ini.

Walaupun ia sekadar persembahan pembukaan ketika program Joyful Malaysia Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan 20 Oktober lalu, namun keupayaan Pyu itu amat mengagumkan.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd. Sulhie Yusoff berkata, minat anaknya itu terhadap wayang kulit mula berputik ketika berusia tiga tahun dan makin bercambah sehingga ke hari ini.

Menurutnya, disebabkan minat terlalu mendalam Pyu terhadap wayang kulit dia membuat kelir (layar putih) mini di dalam rumahnya bagi memberi ruang kepada anaknya itu untuk menunjukkan bakat sebagai tok dalang.

 “Segalanya bermula apabila Pyu didedahkan dengan persembahan Kumpulan Wayang Kulit Arjusukma yang diketuai oleh saya sendiri.

 “Dari situlah, saya mula nampak Pyu amat ‘menggilai’ wayang kulit dan akhirnya membenarkan dia untuk mempelajari dunia tok dalang,” katanya.

Mohd Sulhie memberitahu, dia sama sekali tidak menyangka anaknya itu mudah ‘masuk’ dengan selok-belok wayang kulit.

Katanya, walaupun kali pertama membuat persembahan di depan khalayak, Pyu dapat menyesuaikan diri dengan mudah.

 “Saya akan terus memberi dorongan untuk dia terus berjaya dalam bidang seni yang merupakan warisan bangsa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN