PVPNM bantu pesara tentera hidap sakit kronik - Utusan Malaysia

PVPNM bantu pesara tentera hidap sakit kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 22 Okt. – Nasib menimpa seorang bekas anggota tentera, Md. Jais Othman, 50, dari Kampung Padang Cina, Karangan di sini setelah menghidap penyakit kronik selepas sahaja pencen, mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Timbalan Presiden Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM), Azizan Salleh berkata, pihaknya juga tampil menghulurkan sedikit bantuan berupa wang tunai dan barang makanan setelah mengetahui masalah yang dialaminya itu.

“Pesakit kini tinggal dalam sebuah rumah lama seorang diri, bahagian ruang dalam dan luar rumah amat menyedihkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, diharapkan selepas ini, ada pihak lain datang untuk membaiki rumahnya, amat sedih bila bekas anggota tentera tinggal dalam sebuah rumah sedemikian ru­pa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Veteran 19 MD (MEK) Sungai Petani, Leftenan (B) Salahudin Mohd. Arshad dan Penyelaras Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Merbau Pulas, Abdul Razak Salleh.

Azizan berkata, masalah yang dihadapi oleh Md. Jais perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

“Dia berhenti daripada tentera dalam pasukan 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Sungai Petani pada 11 Mac 2009 kerana menghadapi masalah kesihatan hingga memiliki kad orang kurang upaya (OKU).

“Dia juga tinggal di rumah pusaka ayahnya yang terlalu usang, rumah itu dibina atas tanah rizab sungai dan sekarang sering dinaiki air bila hujan lebat,” katanya.

Beliau menambah, jika ma­salah kerja-kerja membaiki rumahnya itu tidak diberi perhatian dari sekarang oleh pelbagai pihak, Md. Jais tentu akan terus tinggal di rumah tersebut untuk tempoh yang lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini