KOTA BHARU 14 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan mahu mengkomersialkan ikan puyu hibrid Darulnaim supaya menjadi signatur negeri ini sebagaimana ikan patin sinonim dengan negeri Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, ikan puyu Darulnaim yang merupakan kacukan antara baka tempatan dan Thailand mempunyai potensi tinggi memandangkan saiznya lebih besar dari ikan puyu biasa dan mempunyai rasa…










