WASHINGTON 21 Okt. – Senator Amerika Syarikat , Senator Bob Corker mendakwaPutera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bertanggungjawab atas kematian kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi .
Katanya lagi, kerajaan Arab Saudi juga turut kehilangan kredibiliti selepas membuat kenyataan berhubung perkara itu.
“ Ya, saya rasa dia yang melakukannya, “ katanya yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negara Senat dalam satu temubual bersama CNN. -REUTERS










