SYDNEY 19 Okt. – Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle ‘berkaki ayam’ dan menggayakan kalungan bunga ketika mengunjungi Pantai Bondi, hari ini iaitu persinggahan terakhir dalam lawatan mereka di Australia. Meghan tampil bergaya dengan memakai gaun musim panas sementara Harry pula dengan pakaian santainya mendapat sorakan daripada penduduk sekitar dan menikmati keindahan ombak pantai tersebut. Pasangan itu juga bertemu dengan kumpulan peluncur ombak dan duduk di atas pasir sambil berbual dengan barisan ketua kumpulan OneWave, yang giat membantu individu meningkatkan kesihatan mental dengan mengadakan aktiviti di luar rumah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya