Taufan yang melanda perairan Amerika Syarikat pada musim panas lalu dilihat semakin mengganas apabila kelajuan angin yang ditunjukkan melonjak naik dalam masa selang beberapa hari.
Ia direkodkan menerusi pusuan ribut taufan Michael awal bulan lalu, Florence pada September dan bencana taufan Harvey, selain Irma, Jose serta Maria.
Taufan Michael berubah dari Kategori 1 kepada Kategori 5 dalam masa kira-kira dua hari sahaja.
Begitu juga yang ditunjukkan taufan Florence apabila kategori bencana yang dicatatkan berubah daripada Kategori 2 kepada Kategori 4 dengan cepat.
Sama seperti taufan Michael dan Florence di Lautan Atlantik, taufan Willa mengganas sehingga ke bencana Kategori 5 dalam masa dua hari sahaja baru-baru ini dengan kelajuan angin yang dicatatkan daripada 40 meter sejam sehingga 160 meter sejam.
Kerakusan yang ditunjukkan itu menurun ke Kategori 3 tidak lama kemudian dengan mengakibatkan tanah runtuh dan kerosakan yang menyeluruh.
Ia juga menyebabkan terputusnya bekalan kuasa sambil memaksa penduduk berpindah ke perairan Pasifik Mexico.
Perubahan mendadak itu membuatkan pemilik rumah di kawasan berhampiran perairan tidak memiliki masa mencukupi untuk melakukan persiapan.
Menurut ahli oseanografi National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), perubahan kelajuan angin yang mendadak itu sukar untuk diramal.
Pemanasan
Katanya, pemanasan suhu laut sebenarnya mengakibatkan intensifikasi deras iaitu terma digunakan bagi melihat purata kelajuan angin daripada sekurangnya-kurangnya 29 meter sejam dalam masa 24 jam.
“Setelah mengamati analisis data satelit berkenaan tahun sejak lebih 30 tahun, memang terdapat trend peningkatan signifikan dalam magnitud intensifikasi deras taufan.
“Bagaimanapun, pusuan ribut jarang berlaku dalam sesetengah taufan tetapi apabila intensifikasi deras itu berlaku, bencana yang ditunjukkan cukup dahsyat.
“Punca utama berlakunya intensifikasi deras itu disebabkan perubahan cuaca selain bencana alam lain yang menyebabkannya semakin serius,” jelasnya.
Tambah Foltz, sekiranya teori itu berlarutan sehingga 50 tahun lagi, paras air laut di Atlantika Utara akan semakin tinggi dan mengalir ke bahagian selatan.
Sekiranya suhu air itu meningkat, ia akan naik ke permukaan dan kembali ke utara.
Penyelidik berpendapat, perubahan cuaca yang didorong oleh susuh air laut akan terus berlarutan, sekali gus menyebabkan bencana taufan semakin dahsyat saban hari.
Ia berkemungkinan menyebabkan intensifikasi deras itu trend kekal dalam fenomena alam semula jadi.










