Pusat sehenti anak austisme di Perlis - Utusan Malaysia

Pusat sehenti anak austisme di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Usaha mewujudkan pusat sehenti anak autisme di utara tanah air berpusat di Perlis semakin hampir menjadi kenyataan.

Bagi tujuan itu Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerima sumbangan bersih sebanyak RM681,042.68 hasil kutipan daripada majlis makan malam amal ‘GOLD A-HEART’ yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis tersebut dianjurkan secara bersama oleh Autisme Buddies, Acts One Group, Aureo Gallery dan ‘A-Heart Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kutipan dana bagi memperkukuhkan lagi tabung tersebut adalah bagi merealisasikan impian YTSP Perlis untuk membina sebuah bangunan ‘pusat sehenti’ untuk golongan autisme di Perlis khususnya dan wilayah utara negara amnya berjumlah RM6 juta.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat bercemar duli hadir ke majlis tersebut.

Yang turut berangkat ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Pengerusi YTSP Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Penaung Diraja A-Heart UniMAP.

Keberangkatan tetamu diraja disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis yang juga Pengerusi Autisme Buddies, Puan Sri Akmal Abdul Salam, Pengerusi Acts One Group dan Pengasas Aureo Gallery, Serena Chiam dan Pengarah Urusan Aureo Gallery, Michael Teh.

Hadir sama ialah pelukis ‘Gold Art’ tersohor daripada Korea Selatan, Kim II Tae.

Menurut Akmal dalam ucapan alu-aluan beliau, majlis tersebut diadakan bertujuan mencapai misinya meluaskan peranan ‘A-Heart UniMAP’ bagi membantu anak-anak istimewa autisme.

“One-Stop Autisme-Center yang dirancang dengan kerjasama UniMAP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu kelak diharap akan dapat memberikan pelbagai perkhidmatan kepada golongan ini,” katanya.

Di majlis tersebut, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan menarik oleh artis dari Korea Selatan Jin Mi Ryang, penyanyi tanah air Noryn Aziz, keyboard oleh anak autisme Mukhriz Anwar Riaz, pemain biola Dr. Julian Lee serta Cempaka Performing Arts Company. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini