SEREMBAN 21 Okt. – Sebuah tempat penyediaan bagi sate tulang popular di Senawang di sini diarahkan tutup selama 14 hari selepas premis tersebut didapati kotor. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, arahan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dibuat susulan pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di premis berkenaan hari ini. “Secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih. “Antara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali…










