PORT DICKSON – Tiga pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat; Dewan Serbaguna, Kem Segenting Port Dickson dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini, ditutup tepat 5.30 petang ini. Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson Khairy Maamor berkata sebanyak 63 peratus iaitu 4,564 daripada 7,191 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis…










