Punca sebenar pekerja binaan terbunuh di Pengerang masih dalam siasatan - Utusan Malaysia

Punca sebenar pekerja binaan terbunuh di Pengerang masih dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Punca sebenar kejadian seorang pekerja warga Bangladesh terbunuh apabila sebuah jambatan yang sedang dibina di Jalan Pengerang, Kota Tinggi, Johor, runtuh hari ini masih belum diketahui.

Dalam satu kenyataan malam ini, Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan dan siasatan masih belum sempurna.

Katanya, kementeriannya akan menyerahkan siasatan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) yang akan menyiasat jika terdapat sebarang kecuaian di pihak kontraktor sehingga berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian.

“Kementerian akan mengeluarkan kenyataan rasmi setelah DOSH selesai menjalankan siasatan dan memaklumkan kepada kementerian punca kemalangan tersebut.

“Kementerian sentiasa peka dan memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan tapak sentiasa dijalankan dengan pengawasan rapi mengikut standard dan spesifikasi yang telah ditetapkan untuk menjamin keselamatan kesemua pekerja di tapak pembinaan,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN