KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan menabung serta perancangan kewangan untuk masa hadapan anak-anak bagi tujuan pendidikan tinggi perlu ditingkatkan. Menyedari akan kepentingan tersebut, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan Program Menabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2018 agar objektifnya dapat dicapai ramai pihak. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, seperti yang diketahui umum, PTPTN bukanlah sekadar berfungsi memberi pinjaman semata-mata malah turut…










