Proses struktur semula - Utusan Malaysia

Proses struktur semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Tun Dr. Mahathir Moha­mad menegaskan Malaysia sedang melaksanakan pelbagai usaha penstrukturan semula secara berterusan bagi mengatasi jangkaan ekonomi dunia yang mencabar dan memastikan ketidaktentuan kewangan pada masa hadapan dapat ditangani.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang dalam proses penstrukturan semula dan menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang perlu dilakukan bagi memastikan keupayaan negara dalam keadaan bersedia untuk menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewangan di hadapan.

Kata beliau, bagaimanapun kerajaan memberi jaminan sebarang perubahan polisi atau dasar kerajaan tidak akan menjejaskan perniagaan dan pelaburan ma­sing-masing di negara ini.

“Pembentangan Bajet 2019 pada Jumaat ini telah dirangka secara khusus untuk memastikan Malaysia kekal kukuh dan kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.

“Bagaimanapun, kerajaan ke­kal yakin bahawa polisi dan dasar baharu yang akan dilaksanakan bakal mengukuhkan asas keseimbangan dengan perbelanjaan berhemah serta memastikan sektor swasta terus diperkasakan,” katanya dalam Persidangan Tahunan Persekutuan Penganalisis Teknikal Antarabangsa Ke-31 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Persidangan tersebut yang juga Presiden Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia (MATA), Nik Mohd. Ihsan Raja Abdullah.

Dr. Mahathir berkata, ekonomi Malaysia masih mampu menye­rap dan melepasi segala cabaran global serta ketidaktentuan kewangan dengan melaksanakan polisi yang mesra perniagaan selain bertindak balas secara terbuka terhadap idea-idea serta cadangan baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN