Proses pengundian pemilihan PKR Cabang Kuala Langat sesak ekoran lewat mengundi - Utusan Malaysia

Proses pengundian pemilihan PKR Cabang Kuala Langat sesak ekoran lewat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT 21 Okt.- Pusat pengundian bagi pemilihan PKR Cabang Kuala Langat di Dewan Sri Jugra di sini mengalami kesesakan apabila pengundi hanya dibenarkan masuk mengundi pada pukul 10.30 pagi.

Malah, proses pengundian yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi itu hanya membenarkan kira-kira 10 hingga 15 orang memasuki pusat pengundian.

Selain itu, terdapat sebahagian pengundi melaungkan perkataan ‘Rempuh, Rempuh’, tetapi dapat ditenangkan oleh petugas di pusat pengundian selain cuaca yang agak mendung ekoran hujan lebat.

Untuk rekod, kira-kira 14,121 ahli di Cabang Kuala Langat layak mengundi dalam pemiliham PKR kali ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar yang juga calon Naib Presiden tiba di pusat pengundian pada pukul 10.40 pagi yakin bahawa pemilihan pada kali ini akan memihak kepadanya.

“Saya menyerahkan segala keputusan kepada pengundi untuk memilih namun yakin ramai akan memilih saya demi perjuangan parti.

“Orang mahu pilih atau tidak, terpulang tetapi sebagai Ahli Parlimen, ramai mahu mengikut saya. Bagaimanapun, untuk pemilihan ini saya tidak dapat menjangka berapa ramai ahli akan mengundi,”katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN