Projek milik Felcra lewat 96 hari - Utusan Malaysia

Projek milik Felcra lewat 96 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan hartanah bercampur di atas tanah milik Felcra Bhd. di Jalan Semarak di sini akan diteruskan meskipun mengalami kelewatan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurutnya, kelewatan tersebut berpunca daripada masalah ali­ran tunai Felcra dan pihak pengurusan agensi itu sedang berusaha bagi memastikan projek itu tetap diteruskan.

“Sekiranya kita mempunyai tawaran terbaik untuk menjana keuntungan (daripada) aset-aset ini, kita akan pertimbangkan termasuklah pilihan mengekalkan Menara Felcra bagi pengurusan Felcra dan kita menjual hartanah lain termasuk pangsapuri dan blok komersial kepada pasaran umum.

“Namun, ini tertakluk kepada tawaran yang diterima kerana kita tidak mahu menjual aset-aset dalam keadaan pula­ngannya tidak menguntungkan Felcra,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN