KUALA LUMPUR – Projek pembangunan hartanah bercampur di atas tanah milik Felcra Bhd. di Jalan Semarak di sini akan diteruskan meskipun mengalami kelewatan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menurutnya, kelewatan tersebut berpunca daripada masalah aliran tunai Felcra dan pihak pengurusan agensi itu sedang berusaha bagi memastikan projek itu tetap diteruskan. “Sekiranya kita mempunyai tawaran terbaik untuk menjana keuntungan (daripada) aset-aset ini, kita akan pertimbangkan termasuklah…










