Projek mega tertangguh perlu diteruskan – PKMM - Utusan Malaysia

Projek mega tertangguh perlu diteruskan – PKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt.– Belanjawan 2019 yang bakal dibentangkan Jumaat ini diharap dapat memberikan nafas baharu kepada projek-projek mega yang terpaksa ditangguhkan kerajaan akibat keka­ngan kewangan.

Presiden Persa­tuan Kontraktor Me­layu Malaysia (PKMM), Datuk Mok­h­­­ta­r Samad ber­kata, seandainya perkara itu menjadi kenya­taan, ia sedikit sebanyak dapat meluaskan kesempitan yang kini ditanggung oleh kontraktor bumiputera akibat pemberhentian dan penangguhan projek penyelenggaraan.

MOKHTAR SAMAD
MOKHTAR SAMAD 

Beliau berkata, pihaknya tu­rut berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat bertindak dengan sewajarnya untuk mempercepatkan proses pengembalian projek-projek kecil yang menjadi mata pencarian para kontraktor kelas F.

“PKMM berharap kerajaan dapat mempercepatkan dan memulihkan semula projek yang tertangguh dan mewujudkan semula projek-projek baharu supaya warga kontraktor dapat peluang menjana pendapatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Hari ini, Menteri Pembangunan Usahawan, Da­tuk Seri Mohd. Redzuan Yusof me­nyatakan, nasib ma­joriti kontraktor bu­miputera yang melarat akibat pe­nangguhan dan pemberhentian projek penyelenggara­an oleh kerajaan dijangka berakhir selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua PKMM Wilayah Persekutuan, Ahmed Zaharani Yusof Omar berkata, jawapan yang diberikan oleh Mohd. Redzuan itu tidak mampu melegakan hati kontraktor-kontraktor bumiputera yang kini bagai hilang arah.

Menurutnya, apa yang nya­ta, tindakan membatal dan menangguhkan projek itu le­bih mencerminkan sikap kerajaan yang tidak mahu meneruskan peninggalan pentadbiran terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN