KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini giat mempromosikan program Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 bagi mencapai sasaran menarik lebih 3.5 juta pengunjung. Ini dilakukan antaranya melalui penganjuran julung kali acara Street Attack di sekitar ibu negara hari ini di lokasi seperti pusat beli-belah di Bukit Bintang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Antara aktiviti yang berlangsung ketika Street Attack itu ialah persembahan tarian zapin…










