Program kesihatan batal tanpa sebab - Utusan Malaysia

Program kesihatan batal tanpa sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK 30 Okt. – Tindakan Pejabat Kesihatan Daerah Gombak memba­talkan dua program anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia di sini menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Pengerusi Panel Penasihat, Klinik Kesihatan Gombak Setia, Latif Salim ber­kata, tindakan itu dilihat kurang profesional ke­rana program berkenaan te­lah di­luluskan oleh Jabatan Kesihatan Ne­geri.

“Kami menerima de­ngan hati terbuka apabila Pejabat Kesihatan Daerah Gombak memba­talkan program Hari Terbuka Warga Emas sebelum ini walaupun tidak diberikan penjelasan sedangkan persiapan telah diatur.

“Terbaharu penganjuran program Kempen Derma Darah juga dibatalkan, cuma kami sebagai penganjur tidak mengendahkan arahan itu kerana tidak menerima sebarang surat rasmi daripada Pejabat Kesihatan Daerah.

“Arahan tersebut turut menyukarkan pihak Panel Penasihat untuk bekerjasama dengan pegawai di Klinik Kesihatan Gombak Setia bagi melancarkan program,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, kempen derma darah pada 21 Oktober lalu tetap diteruskan kerana menjangkakan kehadiran Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad untuk merasmikan majlis itu.

“Saya minta wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah untuk berjumpa dan berbincang demi penyelesaian yang baik supaya perkara seperti ini tidak berlaku dalam penganjuran program yang akan datang,” ujarnya.

Difahamkan, Latif telah memaklumkan isu ber­kenaan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim namun belum menerima sebarang maklum balas daripada pihaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN