KECINTAAN yang mendalam terhadap sukan luncur udara atau paragliding menjadi titik tolak kepada ahli Persatuan Luncur Udara Terengganu (PLUT) untuk meneroka dan memberi nafas baharu ke atas bukit yang tersergam indah setinggi 329 meter dari aras laut itu. Bukit Maras yang terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu itu hanyalah sebuah kawasan yang menempatkan dusun durian, ubi kayu serta petai bagi penduduk kampung pada zaman awal kemerdekaan dahulu. Begitupun, akibat terlalu…










