PRK Port Dickson: Proses undi awal warga ATM berjalan lancar - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson: Proses undi awal warga ATM berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Proses pengundian awal warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson berjalan dengan lancar setakat pagi ini.

Warga ATM yang layak mengundi dalam PRK Port Dickson kali ini mula membuang undi masing-masing selepas pusat mengundian awal dibuka pada pukul 8 pagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dua lokasi pengundian awal bagi warga tentera darat masing-masing di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dan Dewan Serbaguna Kem Segenting dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Secara keseluruhan jumlah undi awal tentera mewakili 7.4 peratus dan sejumlah 54 undi pos turut dilaksanakan untuk mereka.

Semalam, SPR memaklumkan seramai 7,268 pengundi awal bagi PRK Parlimen Port Dickson akan turun mengundi hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 6,690 pemilih adalah dalam kalangan pegawai dan anggota ATM serta pasangan mereka, manakala 578 adalah anggota polis.

Proses pengundian awal bagi PRK kerusi Parlimen Port Dickson akan berakhir pada pukul 5.30 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini