Prestasi Lukaku resahkan Hazard - Utusan Malaysia

Prestasi Lukaku resahkan Hazard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Pemain Belgium, Eden Hazard mengakui bimbang dengan prestasi rakan sepasukannya, Romelu Lukaku apabila dia bakal berdepan dengan penyerang itu apabila Chelsea berdepan Manchester United dalam Liga Perdana England (EPL) minggu hadapan.

Dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah semalam, Lukaku telah menjaringkan dua gol ketika menundukkan Switzerland 2-1 sekali gus menyaksikan penyerang itu juga menjadi watak penting di bahagian serangan Belgium.

Hazard yang merupakan penjaring terbanyak EPL dan berada pada tahap terbaik bakal menerima kehadiran Lukaku ke Stamford Bridge pada 20 Oktober depan bagi aksi kesembilan musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Hazard berseloroh bahawa dia lebih gembira jika prestasi Lukaku kembali merosot apabila kembali ke Manchester selepas ini.

“Ia bukanlah satu petanda baik apabila Lukaku menjaringkan gol kerana saya bakal berdepan dengannya dalam masa yang terdekat untuk aksi EPL.

“Memang bagus dia telah menyum­bangkan gol untuk Belgium tetapi ia juga akan bagus jika tidak dapat mengulangi persembahan sedemikian rupa ketika beraksi bersama United,” kata Hazard.

Meskipun Lukaku berdepan permulaan yang sukar bersama United, namun kini pemain berusia 25 tahun tersebut telah menyumbangkan empat gol dalam lapan penampilannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini