SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan pengusaha premis sate tulang di Senawang menutup operasinya selama dua minggu bermula hari ini, kerana didapati telah mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan. Pengarahnya, Dr. Zainudin Mohd Ali berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat penyediaan sate tulang tersebut, susulan tular isu kebersihan tempat berkenaan oleh netizen dalam Facebook. “Maklum balas yang diterima hasil siasatan ini…










