KUALA LUMPUR 29 Okt. – Premis CY Plastics Sdn. Bhd. di Hulu Selangor hari ini diarahkan tutup kerana melepaskan effluen atau sisa cecair perindustrian ke dalam longkang sehingga menyebabkan pencemaran sungai. – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam satu kenyataan memberitahu, pemilik premis perlu menghentikan operasi selama 14 hari seperti mana yang diberitahu dalam notis penutupan di bawah peruntukan Undang Undang Kecil 43(1)(a)(b) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007.…










