PPTD mahu dapat kepercayaan Kabinet - Utusan Malaysia

PPTD mahu dapat kepercayaan Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) yang mewakili sebahagian besar kelompok Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) negara, mahu memastikan kumpulan kakitangan awam itu sentiasa mendapat kepercayaan Kabinet di bawah pemerintahan parti Pakatan Harapan (PH).

Meskipun timbul suara kononnya berlaku kurang kepercayaan antara penjawat awam dengan anggota Kabinet, Presiden PPTD, Datuk Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus menganggap persepsi sedemikian adalah normal memandangkan negara ini sekian lama tidak pernah mengalami perubahan parti kerajaan.

“Ini perkara normal. Lama-kelamaan isu ini akan reda. Tugas kita kini adalah perlu memendekkan tempoh bagi mencari keserasian.

“Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, PTD mahu memberi perkhidmatan terbaik dan meningkatkan kecekapan tadbir urus serta produktiviti,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Minum Petang PPTD Bersama Media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh pemberita mengenai kenyataan beberapa pihak termasuk Dr. Mahathir sendiri yang mempersoalkan kesetiaan penjawat awam kerana sebahagian kecil daripada mereka pernah berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN