PPBM tidak terima individu yang boleh timbul kemarahan rakyat - Utusan Malaysia

PPBM tidak terima individu yang boleh timbul kemarahan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan menerima kemasukan mana-mana individu yang dilihat boleh menimbulkan kemarahan yang sekali gus boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti tersebut.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, sekiranya kepimpinan tertinggi PPBM mengambil masuk individu tersebut masuk ke dalam parti ia akan menjadi kesilapan yang boleh merugikan parti PPBM sendiri.

“Sangat penting untuk kita lihat siapa yang hendak sertai parti, kalau orang yang neutral mungkin kita boleh pertimbangkan tetapi orang yang terang-terang menyusahkan rakyat, memang kita tolak. Saya bercakap bagi PPBM tetapi sekiranya parti lain dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) hendak terima, terpulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Contohnya, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan melampaui batas jadi silap kalau kami terima.

Tambahan pula kita menerima penolakan yang sangat tinggi dari kalangan ahli PPBM,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam bahawa tidak pernah terdetik di hatinya untuk keluar UMNO dan menyertai PPBM sebaliknya ingin mempelawa Mahathir dan Mukhriz kembali ke pangkuan UMNO.

Baru-baru ini Mukhriz juga menyatakan sesiapa juga boleh menyertai parti dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu kecuali empat orang iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Mohamed Nazri sendiri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini