JOHOR BAHRU 30 Sept. – Kerajaan negeri akan mengenal pasti pelbagai produk keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi untuk dieksport, khususnya bagi pasaran Indonesia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali yakin produk PKS negeri ini boleh mendapat tempat di negara jiran tersebut. Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha PKS tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka termasuk dalam dunia digital dan pasaran…