KEMAMAN 2 Okt – Setelah hampir lapan jam bertarung nyawa di unit kecemasan Hospital Kemaman, seorang posmen yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Labohan, Kerteh pagi tadi, menghembuskan nafas terakhir petang tadi. AMIR HAMZAH Amir Hamzah Zulkifli, 27, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.30 petang akibat kecederaan parah yang dialaminya setelah kenderaan pelbagai guna ( MPV ) yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said…









