MADRID 12 Okt. – Tiada Cristiano Ronaldo, tiada masalah. Sekalipun tidak memiliki bintang prolifiknya, Juara Eropah, Portugal tetap berupaya menumpaskan Poland 3-2 sekali gus mengampiri kedudukan empat terakhir Liga Negara-Negara. Penyerang muda Sevilla Andre Silva menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52 dalam perlawanan di Chorzow untuk mengungguli Kumpulan 3 serta menduduki kedudukan teratas Liga A. Terdahulu, Krzysztof Piatek meletakkan Poland di depan pada minit ke-18, sebelum Silva menyamakan kedudukan 13…










