Portal baharu, MHE TV dilancarkan - Utusan Malaysia

Portal baharu, MHE TV dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 23 Okt.- Sebuah portal hiburan dan gaya hidup baharu, Media House Entertainment (MHE) bakal menjadi hub berita-berita sensasi hiburan dan gaya hidup tanah air.


Merangkumi jenama penerbitan hiburan dan gaya hidup seperti Pancaindera, URTV dan majalah Wanita, MHE juga melancarkan sebuah portal televisyen web, MHETV.my.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zaienal Abidin Omar berkata, MHE akan diperluas, dilengkapi dengan forum dalam talian, chat room, radio web dan pelbagai genre Video On Demand (VOD), permainan dalam talian, muzik, konsert dalam talian dan banyak lagi.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Melengkapkan jabatan penerbitan dan penyiaran dalam talian, kami juga mewujudkan bahagian penganjuran acara yang berfungsi sebagai perancangan acara, koordinasi dan pengurusan acara dengan perkhidmatan konsultasi dan strategik.


“Kita akan menganjurkan Pameran Budaya dan Makanan Malaysia Pakistan Afghanistan (Pamfacts) 2018 yang akan berlangsung Februari 2019 nanti,” katanya.


Beliau ditemui semasa majlis pelancaran portal baharu itu di sini hari ini.


Dalam pada itu, Zaienal Abidin berkata, MHE komited untuk meneroka jalan baharu dalam dunia digital dan mencari penyelesaian terbaik untuk memanfaatkan sumber kreatif syarikat tersebut.


“Matlamat kami untuk mencipta strategi unik, individual dan hasil yang didorong oleh tumpuan yang kuat terhadap pulangan pelaburan pelanggan tanpa menjejaskan kepentingan umum pengguna perkhidmatan kami.


“Semoga MHE akan menjadi salah satu perusahaan media yang terus berkembang seiring dengan perkembangan teknologi digital,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini