Polis Turki periksa konsulat Arab Saudi - Utusan Malaysia

Polis Turki periksa konsulat Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 16 Okt. – Polis Turki semalam memeriksa konsulat Arab Saudi di Istanbul buat pertama kali sejak wartawan Jamal Khashoggi dilaporkan hilang ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pembunuh dipersalahkan atas kehilangan lelaki itu.

Sebanyak enam buah kereta berserta polis dan pendakwa raya Turki memasuki premis itu malam tadi selepas pihak berkuasa meletakkan penghadang tinggi di depan konsulat berkenaan.

Beberapa anggota polis beruniform dirakam membawa fail dan mesin cetak selain pasukan forensik dilihat berada dibumbung konsulat dalam proses mengambil masa lebih tiga jam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN