Polis temukan 63 janin 'disorok' - Utusan Malaysia

Polis temukan 63 janin ‘disorok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 22 Okt. – Polis di bandar Detroit, Amerika Syarikat (AS) menemukan 63 janin di sebuah rumah pengebumian semasa melakukan siasatan menyeluruh tentang dakwaan penyelewengan di kemudahan itu.

Ketua Polis Detroit, James Craig berkata, angka itu jauh lebih besar dari­pada yang mereka ketahui.

“Ini sama sekali sukar dipercayai,” katanya selepas polis menggeledah Rumah Pengebumian Perry, lokasi pe­nemuan 36 janin dalam beberapa buah kotak dan tambahan 27 lagi janin dalam peti sejuk, Jumaat lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa Michigan kemudiannya menggantung lesen rumah pengebumian itu seminggu selepas penyiasat menemukan 10 janin di atas siling di sebuah lagi rumah pengebumian di bandar ini.

“Kami meluaskan lagi siasatan kerana mahu tahu sebab tindakan kejam ini dilakukan, adakah kerana kewangan dan kita tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, pegawai pemeriksa negeri mendakwa rumah pengebumian itu gagal memfailkan sijil kematian tepat pada masanya dan tidak mendapat permit bagi pengebumian selain tidak mempunyai kebenaran ahli keluarga akan tindakan lanjut pada janin tersebut.

Sepasang suami isteri bertindak memfailkan saman terhadap Rumah Pengebumian Perry dan pelbagai agensi lain mendakwa premis itu menyimpan mayat janin dan bayi baru lahir di sebuah rumah mayat universiti sehingga tiga tahun tanpa memaklumkan kepada ibu bapa.

Saman itu pada masa sama mendakwa rumah pengebumian terbabit memfailkan tuntutan bagi perkhidmatan pengebumian yang sebaliknya tidak dibuat.

Sementara itu, peguam rumah pe­ngebumian berkenaan, Joshua Arnkoff berkata, dakwaan terbabit ha­nya melibatkan mayat bayi yang tidak dituntut dan premis tersebut menerima mayat daripada hospital tempatan yang mendakwa tidak dituntut oleh ibu bapa mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini