KANGAR – Polis Perlis membantah cadangan untuk menjadikan pokok ketum sebagai tanaman komersial kerana ia akan menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia khayal dan menggalakkan kegiatan penyeludupan. Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. secara peribadi tidak bersetuju sekiranya cadangan kerajaan membenarkan tanaman pokok ketum sebagai tanaman komersial untuk menjana pendapatan rakyat dilaksanakan. Katanya, cadangan itu boleh mengundang penyalahgunaan ke atas minuman itu selain menyuburkan aktiviti penyeludupan khususnya ke…










