Polis P. Pinang nafi terlibat dalam majlis makan malam Skuad 69 - Utusan Malaysia

Polis P. Pinang nafi terlibat dalam majlis makan malam Skuad 69

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Okt. – Polis negeri ini menafikan terlibat dalam penganjuran majlis Makan Malam Kenangan bersama Ahli Kehormat dan Ahli Korporat Skuad 69 PDRM Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, polis negeri ini juga tidak membuat sebarang kewangan bagi majlis itu yang dijadual berlangsung pukul 8 malam, 3 November ini di Safira Country Club di sini.

Menurut beliau, penafian itu dibuat bagi mengelak sebarang spekulasi dan tanggapan buruk orang ramai khasnya kepada polis negeri ini dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amnya.

“Bagaimanapun, polis negeri ini tiada halangan terhadap penganjuran majlis tersebut dan mana-mana pihak yang mempunyai kemusykilan mengenai perkara ini boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Awam, Pesara Polis, IPK negeri di talian 04-2221519,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN