Polis Marin patahkan cubaan seludup 48,400 peket rokok - Utusan Malaysia

Polis Marin patahkan cubaan seludup 48,400 peket rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan sindiket menyeludup masuk 48,400 peket rokok putih pelbagai jenis bernilai hampir setengah juta dalam operasi di Jalan Taman Kejayaan 1 dan 2, Kota Tinggi, tengah hari semalam.

Dalam operasi membanteras penyeludupan selama empat jam berakhir pukul 1 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 25 tahun serta dua buah kenderaan turut ditahan ketika cuba membawa rokok seludup berkenaan.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khoon Chiang berkata, ketika tangkapan dilakukan, lelaki tempatan itu sedang membawa kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dari Kota Tinggi dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejurus anggota PPM menahan suspek di tepi Jalan Taman Kejayaan 1 dan melakukan pemeriksaan sebelum menjumpai 2,500 peket rokok seludup berjumlah RM23,688 yang diletakkan bahagian belakang MPV tersebut.

“Hasil soal siasat ke atas lelaki itu membawa penemuan sebuah lagi van Toyota Hiece yang diletakkan di dalam sebuah stor di Jalan Taman Kejayaan 2,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khoong Chiang berkata, penggeledahan lanjut pihaknya menemui 45,900 lagi peket rokok bernilai RM461,220.48 yang disusun di dalam stor berkenaan.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan rokok pelbagai jenama tidak sah termasuk dua buah kenderaan dirampas berjumlah RM609,908.48.

Jelasnya, kesemua barang dirampas disita untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d)  dan 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini