Polis kesan saksi perbicaraan kes bunuh - Utusan Malaysia

Polis kesan saksi perbicaraan kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang menjadi saksi perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, saksi dikenali sebagai Htet Naing Lin, 35, nombor pasport M 823447 dan dipercayai bekerja sebagai tukang masak.

“Alamat terakhirnya di No. 106A, Tingkat 2, Jalan 21/60, Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Saksi ini dicari bagi membantu memberi keterangan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan saksi terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berurusan terus dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden N. Ramesh di talian 012-5056262. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN