Polis cari tukul gergasi - Utusan Malaysia

Polis cari tukul gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA – Pihak polis sedang menyiasat kehilangan sebuah arca tukul gergasi seberat 453 kilogram yang dibina di tepi sebuah jalan raya.

Jabatan Polis Healdsburg berkata, arca yang dibina oleh seorang artis bernama Doug Unkrey bertajuk Hammer itu dicuri setelah diletakkan di Pusat Komuniti Healdsburg.

Arca berukuran enam meter panjang itu diukir menggunakan besi dan kayu. Ia sebenarnya dipinjamkan oleh Yayasan Ukiran Keluarga Voight untuk dipamerkan di hadapan pusat komuniti tersebut.

Menurut Unkrey, amat sukar bagi sesiapa juga mahu mencuri ukiran arca itu memandangkan ia teramat besar dan berat.

“Mereka (pencuri) memerlukan sekurang-kurangnya treler dengan penarik atau lapan orang untuk mengangkatnya,” katanya. – UPI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN