KAJANG – Polis memburu empat lelaki yang dikenal pasti merupakan suspek kejadian samun dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta di lorong tambah nilai Tol Batu 11 dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzafir Mohd Yussof (gambar kecil) berkata, dalam kejadian sekitar pukul 10.55 malam itu, mangsa sedang memandu sebuah kereta pacuan empat roda bersama dua orang pekerja warga asing tiba di lorong tambah nilai plaza tol…










