KOTA KINABALU 23 Okt. – Polis telah bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk berlaku rusuhan di negeri ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi tentang pelantikan Ketua Menteri Sabah yang sah pada 25 Oktober ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, maklumat risikan mendapati penyokong bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal merancang untuk berkumpul, justeru pihak berkuasa itu akan berwaspada.…










